masih segar dlm ingatan..tarikh 31.06.2011 tepat jam 3.20am,yaya menerima panggilan dari pihak PLUS mengatakan en.fiancee terlibat dalam kemalangan.Dada mula sayu,memikirkan sebarang kemungkinan..Doa tak pernah terhenti dari bibir yaya..moga en.fiancee selamat dan tiada sebarang kecederaan teruk berlaku padanya.Namun segalanya hampa,malah lebih meruntun hati apabila jam 4.30,anggota polis mengesahkan en.fiancee sdh meninggal dunia di tempat kejadian.Innalilah wa inna ilaihi rojiun..tbuh yaya entah melayang kemana,yang yaya tau,yaya sedar mak dah nangis dan mitak yaya bersiap utk ke rumah mak mertua(rumah en.fiancee) memandangkan mereka masih tidak mengetahui berita tersebut..Tuhan saja yg tau perasaan yaya ketika itu..bayangkan,arwah sepatutnya balik 2hr selepas hari kematiannya,sebaliknya mayatnya yg smpai..Dan majlis pernikahan yg hanya tggl 5bulan lg hnya tggl kenangan buat aku dan arwah...
Ya allah Ya Tuhanku,sesungguhnya "allahurmarjurni fimusibahti khoiran minha"..Kau jadikanlah aku dalam golongan hamba-hambaMu yg terpilih dlm menerima hidayahMu..Kau jadikanlah ak seorang wanita yg kuat dan sabar dalam menghadapi ujianMu,Kau berikanlah syurga terindahMu padaku,Kau berikan aku nikmat yang terhingga yang tidak pnh ak rasai,dan Kau jadikan aku diantara umatmu yg diangkatkan martabatnya..AMIIN...
Semoga roh en.fiancee tenang disana dan seseungguhnya dia membawa cinta kami bersama..TERIMA KASIH PAPA!